Media Romantic Killer

Manga

Ditulis dan diilustrasikan oleh Wataru Momose, Romantic Killer telah disirikan dalam tapak web Shōnen Jump+ Shueisha dari 30 Julai 2019,[11] hingga 2 Jun 2020.[12] Jilid tankōbon pertama dikeluarkan pada 4 Disember 2019.[1] Jilid kedua hingga keempat dikeluarkan secara digital pada 4 Mac,[13] 4 Ogos,[14] dan 4 September 2020;[15] jilid-jilid tersebut telah dikeluarkan dalam cetakan pada 4 Oktober 2022.[16]

Pada Februari 2022, Viz Media mengumumkan bahawa mereka melesenkan siri ini untuk penerbitan bahasa Inggeris.[17]

Senarai jilid

No.Tarikh keluaran originalISBM OriginalTarikh keluaran bahasa InggerisISBN bahasa Inggeris
1 4 Disember 2019[18]ISBN 978-4-08-882164-14 Oktober 2022[19]ISBN 978-1-97-473469-6
2 4 Mac 2020 (digital)[13]
4 Oktober 2022 (cetakan)[20]
ISBN 978-4-08-883326-23 Januari 2023[21]ISBN 978-1-97-473507-5
3 4 Ogos 2020 (digital)[14]
4 Oktober 2022 (cetakan)[22]
ISBN 978-4-08-883327-9
4 4 September 2020 (digital)[15]
4 Oktober 2022 (cetakan)[23]
ISBN 978-4-08-883328-6

Anime

Pada Ogos 2022, laman web Shōnen Jump+ mengumumkan bahawa siri ini akan diadaptasi menjadi animasi Internet asli. Ia diterbitkan oleh DOMERICA dan diarahkan oleh Kazuya Ichikawa, dengan Sayuri Ōba dan Hiroko Fukuda menyelia skrip, Arisa Matsuura mereka bentuk watak, dan Ryo Kawasaki dan Tomoyuki Kono mengarang muzik.[3] Siri ini telah dikeluarkan di Netflix pada 27 Oktober 2022.[24] Tema pembukaan ialah "ROMA☆KiRA" oleh YURiKA,[3] manakala tema penutup ialah "Romantic Love ~Renai Shimasen ka?☆~ (Won't You Fall in Love)" oleh Mikako Komatsu.[6]

Rujukan

WikiPedia: Romantic Killer http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/manga... http://www.imdb.com/title/tt1991254/ https://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anim... https://www.animenewsnetwork.com/interest/2020-08-... https://www.animenewsnetwork.com/news/2022-02-14/v... https://www.animenewsnetwork.com/news/2022-08-22/r... https://www.animenewsnetwork.com/news/2022-09-19/r... https://www.crunchyroll.com/anime-news/2022/08/22-... https://rookie.shonenjump.com/series/FlR8CfEildw https://shonenjumpplus.com/episode/108341081566721...